Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Kenali insurans haram

salam n hye semua :) ok-ok aku nak tanya korang ada beli  insurans tak???ari ni aku nk bagitahu korang tentang isu insurans haram ok...baiklah info ni ak dapat dari surat khabar ok...meh baca ok...jangan mudah terpedaya...selidik dulu sebelum beli insurans yerp...hati-hati ok :) Kenali insurans haram SECARA ringkasnya, perbincangan hukum insurans dibincangkan dengan panjang lebar oleh ulama, terutama di kalangan ulama Asia Barat. Oleh kerana sistem insurans adalah ciptaan yang dikira baru menurut zaman, iaitu sekitar 1666 di London, ia hanya menembusi dunia Islam Arab sekitar 1830. Insurans konvensional adalah kontrak perniagaan yang termasuk dalam Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah). Ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.   Kontrak in

Apa kesudahannya....

ok-ok mesti korang tertanya-tanya kan kesudahan apa ya dak?hehehe :)ok ak kasi taw...ak ni peminat setia kepada semua cerita dari TV3 ok...terutama slot lestary...ok hehehe...aku sekarang ni tengah syok duk tengok cerita 'Asmara' ok...tengok tak korang semua cerita tu???tak nah tgk??meh aku bg cikit sinopsis cerita tu :) ambik dari google huhu sikit sinopsis dari cerita asmara Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna). P

bunuh isteri macam ni...

ok-ok nak kasi tahu korang tadi aku baca newpaper online tetiba aku terlihat satu cerita ni....nak tahu apa???bunuh isteri...ish-ish...macam-macam la sekarang ni...aku jadi takut adess....sanggup si suami bunuh isteri...tak faham dah la aku....Dunia 0oh..Dunia...macam-macam...cian kat isteri dya.. tergamak sungguh si suami...Al Fatihah untuk arwah....nak tahu lebih lanjut...ni aku kasi taw...baca yerp... berita dari utusan malaysia online....   Bunuh isteri: Tertuduh lakukan seks berhampiran mayat SHAH ALAM 29 Nov. - Seorang saksi dalam kes pembunuhan eksekutif wanita, Fazlina Ahmad mengaku mengadakan hubungan seks dengan tertuduh, Mohafri Mohamed ketika mayat mangsa masih berada di dalam almari berhampiran, pada hari kejadian. Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, mereka melakukan hubungan intim di atas katil di bilik tidur utama di rumah kekasihnya itu kira-kira pukul 5.30 petang, 30 Disember 2009.Kata saksi p

Award yang ke 2

salam and hye semua... ok-ok tadi masa ak bukak ja blog aku ni tetiba aku terima message di shoutmix box aku yang berbunyi "Dear, ada award khas kat belog Shag."and siap bagi [LINK] lagi huhu...aku pon dengan teruja bukak la blog shagcomot tu...tuptup nama aku tersenarai follower yang ke 57 hingga 126...aku yang keberapa entah kekeke..ok thanks a lot yerp Shag sebab bagi award untuk follower...hargai sesangat...ok-ok nak dapat award..kena lah jawab beberapa soalan...ok-ok ni la rupa award yang aku dapat :)  nice this award thanks shag.. antara soalan&jawapannya... 1.Nama penuh anda dan nama panggilan blogger anda. Nama penuh aku nurul aifaa binti haji manijas&nama panggilan dalam blog...panggil efa sahaja ok 2. Kenapa jadi pengikut belog ini [ shagcomot ]? sebab aku suka tengok blog dya ni..kemas ja...tersusun gitu huhu.. 3.Apa kekurangan belog ini [ shagcomot ]? blog dya so far tak ada kekurangan...nice blog ja aku tengok    4.Apa pula kelebihan belog i

Jom Mai PULAU PINANG

salam and hye korang semua :) ok2 ak nak bagi info sikit pasal entry aku ni kepada semua  adik-adik,akak-akak,pak cik-pak cik.mak cik-mak cik,abang-abang semua sekalian... wo0 ...ish-ish banyak sungguh...kenapa ak panggil semua ni....nak pi mana???? ha ok2 seperti tajuk enrty aku ni terpampang jom mai Pulau Pinang.......ecece...promote negeri ak pulak kekeke :P hahaha...ok-ok apa lagi mai la serebu...tapak pesta pulau pinang 2010 huhu bila???ok siap sedia yerp pada....... google  pic :P nak baca sila besarkan yerp :) ok apa lagi siap sediasemua moh le kita semua turun penang hahaha...ok bagi yang nak sertai Pertandingan Seni Lukis Pesta Pulau Pinang 2010pun boleh ok....ada...sila-sila....jemput-jemput...masuk hahaha promote pulak hahaha...nak tahu lebih lanjut tengok sini ok boleh la korang mencuba nasib yerp :P hehehe...mana taw kot-kot menang yea dak??hehe   :) ok tu ja la aku nak cerita petang ni... jangan lupa taw.... 1/11/2010 pakat-pakat mai noh hahaha...BEST Woo

RON95 selamat ker??

Salam n hye semua pekhabar???harap sihat la yer...tadi masa ak tengah baca newpaper online aku terbaca berkenaan dengan 1 tajuk ni RON95 tetap selamat diguna??? dengar cerita minyak RON95 ni meyebabkan kebanyakkan kereta terbakar uish betul ka???tetiba ja aku jadi takut tapi bila baca punya baca balik alhamdulilah.... RON95 tetap selamat diguna....ok nak tahu lebih lanjut baca ini ok BERA 28 Nov. - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menafikan penggunaan minyak petrol RON95 menjadi punca kebakaran kenderaan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya. Tegasnya, kenderaan yang terbakar dalam beberapa kemalangan berpunca daripada kesan hentakan atau hentaman yang kuat sehingga berlaku percikan api yang menyebabkan minyak terbakar. ''Petrol RON95 telah diuji dalam semua peringkat ujian oleh jurutera syarikat minyak dan pembuat enjin kenderaan termasuk ujian kemalangan yang ekstrem seperti hentaman sert

Penat la nak pakai...

salam and hye all.. seperti tajuk entry ni Penat la nak pakai apa yang penat tu erk???hahaha..sah korang ingat nak pakai apa la yang sampai penat tu yea kehkeh :) ok ini info untuk para wanita yang dh kahwin ok..yang tak kawin tu pon boleh juga la nengok ya....hahaha :)korang rasa apa yang susah nak pakai tu????taw tak???meh aku kaborkan ok..... bengkung or barut hahaha...benda ni lah yang susah sangat nak pakai kekeke :P ha bagi siapa rasa nak kurus lepas bersalin tu leh la pkai bengkung tradisional ni...ada berani???hahaha...tapi tak ramai yang  guna kaedah tradisional ni...bukan tu ja mereka kata buat apa nak bengkung-bengkung ni.....eeee menyusahkan...hahaha..ok meh ak kasi taw korang sebab apa korang perlu memakai barut or bengkung ni : Mudah dipakai & mudah dicuci sebab diperbuat daripada kain belacu yang tebal tetapi lembut dan selesa dipakai. merampingkan pinggang, punggung yg menggeleber lepas bersalin   sesuai utk lelaki & wanita .(lelaki pon b

CERITA KREATIF : Aku nak bagi BEN ASHAARI hadiah ..

salam n hye semua tetiba kepala aku ni pusing  gara-gara minggu depan hari jadi En Ben....bila tengok banyak yang sertai contest tu.. and tengok la apa diorang kasi kt En Ben tuptup benda yang bermain dikepala aku nak kasi EN BEN dh ada orang bagi adoi la....fikir punya fikir....benda apa aku nak kasi tertiba dapat 1idea benda apa yg nk aku kasi.......tapi-tapi contest ni abis ka blum yerp entah...but aku wat juga tak pa lah kot hahaha...benda apa yang ak nak kasi tu...tara....... * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * Lilin bleh dak???huhu... . ok...sebab apa ak nak kasi lilin ni..adalah kerana....bau lilin ni wangi...tapi kena beli yang wangi lah yea...kekeke...selain tu boleh la en ben&wife sambut birthday en ben tu pada 30/11/2010 dengan cahaya lilin yang lagi gemerlapan itu cewah....or lebih sedap bunyilah kan...ya la kot...yea...bolehlah candle light dinner ecece...hahaha :) lagi pon lilin ni murah ja...lagi murah kalau yang biasa...tapi yang

KOTOR la KaU

assalammualikum n selamat pagi semua... mood pada pagi ni aku nak story dekat korang tentang pengotor siapa yang pengotor ni yerk!!!!haish...meh dengar story ni wuwu +_+ cik K-ish bau busuk apa ni....ish...tak tahan la npa busuk sangat ni???dari mana datang bau busuk ni..haiyo... cik B-hye K kenapa muka macam tu???apa yang jadi?? cik K-ni B ko tak bau ka???busuk yang amat ni...tak boleh tahan dh ak...makin dekat ni... cik B-0oo...ingatkan apa la tadi...hurmm...[terkebil-kebil seketika] K-eeee bau ni datang arah kau la.....eh B ko tak mandi berapa lama ni....asal busuk sangat ni...ko main apa tadi ni....eee...tak boleh tahan ak...busuk yang amat ni...eeww....pengotor la kau ni B...harap ja hensem tapi eee...buruk benor perangai kau...napa busuk sangat ni?????(maaf la aku berterus terang dengan ko...ak dah tak boleh tahan la..sorry sesangat ya) cik B-(dengan tersenyum-senyum)lalu si B berkata....sorry la K...ak yang sememangnya tak mandi dah berapa lama..ni... cik K-eeww...patut

TeRowong Mercu Tanda

salam and hye semua... hari ni aku nak cerita pasal terowong ok??terowong apa??hahaha terowong la tak tahu???meh aku kasi tunjuk terowong tu macam mana rupanya hohoho :) * * * * * * * * * * * * * * *    tara...ni la rupa terowong ok... aku selalu masak dekat terowong di ipoh tahu tak???sb rumah arwah tok ak kt ipoh sebab tu ak selalu masuk terowong tu ;)syok sungguh bila berada dalam terowong tu..terowong ni berbeza designnya ok...meh sini baca tentang terowong mercu tanda jom...aku ambik ehsan dari berita harian hehehe :)  Binaan Terowong Berkembar Berapit, Perak terpanjang di Asia Tenggara dan setaraf negara maju   SEJARAH penciptaan terowong bermula sejak permulaan peradaban di mana manusia menyediakannya sebagai akses atau laluan ke makam, kuari bawah tanah atau lencongan aliran air di permukaan berbatu. <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=1909107&Page=&PluID=0&Pos=8