RESEPI NASI ULAM

Assalammualikum dan hi semua..Siapa disini pernah makan nasi ulam? Sedap kan? Ka ada baru pertama kali dengar? Hahaha tak apa hari ini kak fa nak share resepi nasi ulam,mana tahu korang berminat atau nak mencuba resepi ni kan? Bahan-bahan kak fa banyak ambil di rumah sahaja sebab kak fa banyak tanam pucuk-pucuk untuk buat ulam ni..Nasi ulam ni tradisi turun temurun..macam tradisional la sikit kan? Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan okey?



BAHAN-BAHAN

Bawang besar
Halia
Lengkuas
Pucuk kari
Pucuk kaduk
Pucuk betik
Pucuk manga
Serai
Pucuk limau purut
Pucuk kunyit
Pucuk mengkudu
Pucuk lemuni
Pucuk beluntas
Pucuk jangus
Pucuk cekur
Lada hitam (ditumbuk)
Kerisik
Ikan masin (tenggiri)




CARA-CARA MEMBUATNYA :

  • Masak nasi dahulu
  • Potong kesemua bahan-bahan pucuk itu tadi (dipotong halus)
  • Goreng ikan masin (ikan tenggiri)
  • Setelah goreng ikan masin, biarkan ia sejuk sekejap
  • Setelah sejuk,masukkan kesemua bahan pucuk ke dalam nasi yang telah dimasak(tunggu nasi sejuk dulu) kemudian masukkan ikan masin dan kerisik
  • Gaul kesemua bahan hingga sebati dengan nasi


Dah siap masak nasi ulam!! Nak lagi sedap korang kena makan dengan sambal ikan bilis atau sambal udang atau sambal ayam (ayam masak merah) ka kan? Ikut minat korang…macam kak fa buat sambal ikan bilis dan begedil sahaja..siap untuk dihidang!!







Pucuk mengkudu,Pucuk lemuni Pucuk beluntas, dan Pucuk jangus kak fa tak ada..nak lagi sedap banyak ulam-ulam lagi sedap tau hehehe selamat mencuba you alls...tak sempat tangkap gambar nasi dengan sambalnya sebab terus ngapp kemulut tak menyempat wakaka..





2 comments:

Rabiahtul Adawiyah said...

sedap

efa said...

@rabiahhtul adawiyah hehehe kan?sedap sangat boleh cuba buat