Becerita tentang mee udang siapa suka? Rasanya ramai yang suka kan? Hakak bukanlah seorang yang Food Hunter tapi boleh la if nak merasa-rasa tu kan selebihnya tolak pada food hunter yang berantu hakhak oopss.Kalau keluar jejalan ke sungai petani pasti akan terlebih singgah juga ke kedai mee udang ni,sesambil bershopping barang-barang dapur tu kan?
Serius kalau mak-mak ni kan kalau pergi jejalan pasti akan beli barang dapur juga walau macam mana pun(dah jadi mak-mak kalau pergi beli barang macam ni). Bagi perniaga atau sesiapa sahaja yang nak beli barang dapur macam ikan bilis,ikan kering,keropok lekor,dan pelbagai lagi la kan? Meh datang Tanjung Dawai ni memacam ada tau,kak Fa hantu ikan bilis sebab apa?Sebab bila goreng dia rangup krup-krup dan bila buat sambal kering ikan bilis atau sambal hitam wowww sedap okey terliur kejap hehehe
Banyak ikan bilis yang boleh dipilih dari belum kopek sampailah dan kopek pun ada
Ini pula ikan masin,sotong kering pun ada
Belacan pun ada (Sedap buat sambal ni )
Tudia kepok Lekor tak yah sesusah pi Terengganu kalau dah teringin sangat kan?
Macam-macam ada
Dah penat shopping barang dapur?apa lagi lapar tetiba pula kan? Jom pekena mee udang superb ni area dekat tanjung dawai tu juga tau memang sedap,pergi awal sikit kalau tak penat menunggu makanan datang sebabnya memang ramai sangat orang huuu
Taraa..MEE UDANG DALAM KUALI superb sedap korang patut cuba
Comments