Osteoarthritis? Korang tahu tak apa tu? satu penyakit ka apa? Hasil dari pembacaan kak Fa ia sebenarnya satu penyakit yang meragut sebuah kehidupan. Untuk pengetahuan korang Osteoarthritis ini adalah suatu penyakit auto immune,dan ia sukar untuk dirawat. Kenapa sukar untuk dirawat?
Auto immune bermakna tubuh seseorang mengeluarkan antibodi yang merosakkan sendi tubuhnya. Antibodi boleh diibaratkan sebagai peluru berpadu ha gitu, ia hanya tinggal untuk mencari sasarannya lalu ia akan memusnahkan segalanya.
Sasaran yang diburu adalah tulang rawan,dimana saja tulang rawan ada disitulah akan musnah antibodi. Antibodi adalah protein yang terhasil akibat rangsangan. Tubuh kita akan mengeluarkan antibodi bagi melawan kuman dan penyakit. Rawatan yang akan diberikan selalunya adalah ubat penahan sakit serta steroid.
Faktor risiko :
❤Usia yang tua, berisiko mendapat osteoartritis
❤Berat badan yang berlebih akan menyebabkan osteoartritis.
❤Cedera sendi akibat kecederaan ketika bersukan memberi risiko osteoartritis.
❤Deformitas tulang sendi atau tulang rawan, yang akan meningkatkan risiko osteoartritis.
❤Memiliki penyakit diabetes (kencing manis)
Yang pasti mari kita mencegah penyakit ini dari berleluasa dengan mengubah cara pemakanan kita. Bermula dari ubah cara pemakanan dari sikit dan memakan makanan yang tidak tinggi kalori dan lemak yang boleh menyebabkan bertambahnya berat badan okey? Nak makan benda-benda yang manis-manis tu boleh tapi jangan kerap sangat tau,habis ja minum manisan terus minum air yang banyak tau!
Comments